Wednesday, 14 August 2013

Keistimewaan ayat Al-Quran

Post ini aku nak cerita dan nak kongsi beberapa potongan Ayat didalam Al-quran yang ada keistimewaaa tersendiri yang mungkin tak ramai anak muda nak kaji .. anak muda sekarang ada juga yang tak percaya keistimewaan ayat al-quran dalam kehidupan harian mereka dalam pengasihan, mejinakkan haiwan, perindu, penyembuh dan lain-lain kegunaan..

Aku nak post beberapa ayat Al-Quran yang digunakan yang bagus untuk diamalkan dalam kehidupan harian kita. Selamat Beramal.. mulakan sesuatu dengan Bismillahirahmanirahim..

1) Pengasih Surah Yusuf 

 baca surah yusuf ayat 4
    
"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"


Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

dan berhenti seketika lalu sambung Surah Taha ayat 39


"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"

Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."

Cara penggunaan :
ketika bertemu dengan orang yang anda cinta dan benar ingin menjadikan dia pasangan halal dalam hidup anda, bagi melahirkan rasa cinta antara kamu berdua.. ketika bertemu dengannya baca cukuplah didalam hati dihadapannya sebanyak 3 kali . 
untuk dikasihi masyarakat baca ayat ini selepas solat sebanyak 3 kali
untuk penyeri wajah ketika wudhu basuh muka baca ayat ini da sapu muka, juga basuh muka sebelum tidur dengan baca ayat ini bagi menyerikan lagi wajah..

2) Penjinak haiwan , Surah Al-Imran

bagi sesiapa yang menternak haiwan, memiliki haiwan peliharaan mesti nak haiwan korang manja dan tak liar kan ? tak kira lah kuda ke, kucing ke, hamster, ikan kaloi ke, arnab dan lain-lain haiwan

ketika bersama haiwan itu usap dan bacakan potongan surah Al-Imran ini 
"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan."


bukan itu aje kebaikan surah Al-imran ni .. ada banyak lagi khasiat lain yang ada pada potongan Surah Al-Imran seperti : 
Khasiat Ayat 1-4 - Pendinding -Kebahagiaan dan segala hajat 
Khasiat Ayat 8 - Husnul Khatimah 
Khasiat Ayat 9 - Mengembalikan barang yang hilang 
Khasiat Ayat 7-9 - Kecerdikan luar biasa 
Khasiat Ayat 14 - Pengasih 
Khasiat Ayat 26-27 - Luas rezeki -Karamah -Segala hajat 
Khasiat Ayat 35-37 - Perlindungan kepada perempuan hamil -Pelaris 
Khasiat Ayat 73-74 - Pelaris dan meminang 
Khasiat Ayat 83 - Menghadapi binatang buas, liar dan orang zalim 
Khasiat Ayat 103-104 - Pengasih dan Pelembut Hati 
Khasiat Ayat 111-112 - Menghadapi musuh 
Khasiat Ayat 134-136 - Pelindung dari kejahatan 
Khasiat Ayat 144 - Menghentikan darah 
Khasiat Ayat 146-148 - Menghilangkan kesedihan ketika menghadapi musibah 
Khasiat Ayat 169-171 - Penerang hati dan mendapat taufiq 
Khasiat Ayat 173-174 - Menghadapi musuh -Pengasih 
Khasiat Ayat 190-194 - Teguh Iman -Qiamullail
Khasiat Ayat 200 - Isteri derhaka, anak degil, binatang liar

hebat bukan Al-Quran ni ... 

*Perlbagai lagi surah-surah didalam Al-Quran yang ada khasiat tersendiri.. kita sebagai umat islam kena lah rajin mengkaji setiap erti dan kebaikan didalam Al-Quran.. In Sha Allah.. Semoga mendapat keredhaan Allah SWT.. Selamat Beramal... 


No comments:

Post a Comment