Friday, 16 August 2013

Perempuan berhati-hati dengan ilmu guna-guna

Mulakan dengan Bismillahirahmanirahim..

Mungkin ilmu ni tak lah berapa banyak yang saya boleh kongsi untuk kaum perempuan dekat luar sana.. sikit je lah yang saya belajar dari seseorang.. mungkin boleh dijadikan panduan.. in sha allah..

Ilmu pengasih ? still hingga sekarang masih jugak diguna pakai masyarakat kita hingga ke hari ini.. bukan 1-2.. tapi berlambak-lambak banyaknya
ada ilmu pengasih cara islam, dan ada juga cara yang agak janggal sikit kita dengar iaitu ini kategori guna-gunalah.. sampai kehari ini saya tak tahu sebenarnya apa status ilmu tu sebenarnya adakah ia jatuh syirik atau tidak ?

saya nak tunjuk beberapa contoh ayat pengasih yang saya tak tau ada ia syirik jika diamalkan ? Wallahualam.. mungkin korang boleh tanya mana-mana ustaz tentang ilmu ni.. banyak yang aku belajar.. tapi aku tk guna takut lah jatuh syirik.. ini aku tunjuk sebahagian dari ilmu-ilmu pengasih yang menggunakan mantera2 tertentu..

"Bismillahirrahmanirrahim.
Hai Awang Seri Ganu Seri,
Seri memila ke muka aku,
Garam di laut asam di darat,
..........................................
..........................
Akulah yang memakai Ilmu Asam Garam.
............................
...........................
...........................
Gila mabuk cinta rasa engkau kepada aku.
Gajah putih ............ laut lagi tunduk sujud,
Di bawah tapak kaki kiri aku,
Durhakalah engkau kepada Allah.
Si dia guru si dialah aku,
Si dia berkat kata Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.
Cara mengamalkannya:
Amalkan membaca mentera di atas selama 7 kali Selasa (berturut-turut) selepas mandi pagi. Insya-Allah,
orang yang dimaksudkan akan tetap cinta hatinya kepada anda."

ini salah satu mantera tu.. ada banyak lagi beratus-ratus mantera.. ini skadar contoh lah.. aku terpaksa padam ayat penuh takut ada org guna untuk tujuan yang salah... 

tujuan sebenar post kali ini aku nak kongsi satu ilmu macam mana seorang perempuan nak tahu dia dah kena guna-guna ke tidak ? 

antara tanda-tanda si perempuan kena guna-guna 
  1.  Cinta yang terlampau berlebihan
  2. mentaati segala kemahuan
  3. terlampau rindu setengah mati katanya
  4. Keinginan yang sangat besar untuk selalu melakukan hubungan seks
  5. yang terkena akan sukar tidur malam yang berlebihan
  6. rasa sakit dibahagian kepala seperti digigit sesuatu (yang dituju dan penuju akan rasa ini)
  7. Tambah teruk, dia akan bencikan semua wanita termasuk isterinya sendiri.
  8. hilang selera makan hingga tidak mahu makan berhari-hari
  9. lelangit tidak merasa geli.. 
ni tambaha sikit sekadar pengetahuan je lah.. Wallahualam akan kesahihannya,... LElaki yang mengamalkan ilmu pengasih akan ada pusaran berbentuk segitiga dikepalanya

jika ada rasa macam tu eloklah diubati dengan cara tradisional secara islam.. atau amalkan 

pengubatan ni aku dapat dari internet hehehehe

Pengubatan Sihir Guna-Guna
Biasanya orang yang terkena imu guna2 tidak akan dirasuk, hanya berasa ngilu hujung jari kakinya, kepala pusing, dada sesak atau sakit dilambung, bahkan kadangkala muntah jika telah meminum air sihir.

Jika  merasakan sakit dilambung atau ingin muntah, maka bacalah ayat dibawah pada secawan air dan minumlah sebahagian air tersebut.   Jika memuntahkan sesuatu yang berwarna kuning, merah atau hitam, bererti hilanglah sihirnya.  Jika tidak, maka bacalah ayat tersebut pada secawan air dan minum selama tiga minggu atau lebih sehingga hilang sihirnya.   Ayat tersebut adalah :

  1. Surah Al-Baqarah ayat 102
  2. Surah At-Taghabun ayat 14 hingga 16
  3. Surah Yunus ayat 18 dan 28
  4. Surah Al-A'raf ayat 117 hingga 122
  5. Surah Thaha ayat 69
kepada yang nak cuba mengamalkan pengasih yang agak janggal dan menyeru-nyeru elakkan lah.. kesan nya buruk untuk diri kita dan si dituju 

As'salamualaikum wbt

Bangsa melayu sendiri cemarkan nama baik melayu


aku tak boleh nak cakap apa dah.. kang cakap lebih-lebih aku kena bash KEYBOARD WARRIOR.. apa kena budak zaman sekarang... bukan setakat dalam gambar tu yang gay.. malah ada puak2 dorang yang lain tu... 

Sejenak jenaka

Didalam sebuah kampung tinggal berdua anak dan ibu disebuah rumah,..

satu hari yang agak menenangkan.. si ibu sedang sibuk memasak didapur lupa pula telur ayam dirumahnya habis..

Ibu : Man sini sekejap tolong ibu !!
Anak : kenapa ibu ? ibu nak tolong man potong bawang ? cili ? tak boleh ibu, tangan man sakit tadi kena gigit kerengga ibu..
Ibu : Banyak alasan kau man.. derhaka kau nanti... bukan itu man.. ibu nak minta kamu tolong belikan teluar ayam 10 biji
Anak : ala ibu.. man gurau heheh baiklah..

bergegas si anak berjalan kaki ke pekan untuk beli telur ayam.. sedang sibuk berjalan tiba-tiba satu kemalangan ngeri didepan mata dia .. terkejut dia.. habis berkecai tubuh si mangsa..
Berlarilah man pulang kerumah semula....

Anak : IBU !! IBU !!
Ibu : kenapa man kamu menjerit ?
Anak : dekat depan simpang ada eksiden.. habis berkecai tubuh mangsa.. kepala dia jatuh kelongkang, kaki dia ketepi jalan.. dahsyat !!!
Ibu : telur mana man ?
Anak : Ibu.. mayat tu dah hancur berkecai .. Man tak tahu telurnya dimana
Ibu : baiklah harini kita makan sayur je man..
Anak : kenapa ibu ?
Ibu : Kamu carilah telur dia sampai jumpa



Hamster

Hamster ni satu binatang yang boleh lah agak popular dan budak2 kecik memang sukakan natang kecik ni.. tak hairanlah der kalau kedai pet banyak jual binatang ni.. macam type ada 
  • winter white
  • syrian
  • robovorsky
  • dwarf
harga pun murah... tapi biasa yang jadi masalah BAU KENCING hamster ni memang busuk kan ? aku nak bagi tips pada siapa yang bela hamster macam mana korang nak elak kencing hamster bau busuk bagi yang malas nak tukar bedding hamster hari-hari..

biasa korang pakai bedding ni kan ? 









ni namanya WOOD CHIP... aku memang akui ramai pakai bedding ni sebab mungkin mereka tak tahu bedding ni bukan penyerap kencing hamster yang baik .. 2,3 hari dah habis dah.. kalau rajin tukar lah hari-hari haahaha memang harga dia murah.. tapi tak tahan lama..

tips pertama aku cadangkan korang tukar bedding material korang kepada
  • Recycle based Paper bedding
  • Wood pellet
bagi aku dua bedding material ni adalah penyerap bau yang baik.. wood pellet jugak the best.. boleh tahan lah seminggu lebih.. 

lagi satu air minuman hamster, try bagi dorang air yang dicampur multivitamin natural base.. sebab minuman yg diminum hamster jugak ada kena mengena dengan bau, dan last sekali makanan.. make sure dia dapat makan nutrient yang cukup dan makanan yang kering agar tak kena diarhea(cirit-birit)

Tarantula

layan facebook ada sorang budak rekemen aku beli tarantula, aku pun layan je lah,.. x berapa nak minat.. then try search 1 group Facebook tarantula.. Pergh lawa-lawa tarantula ni, malah lagi cantik dari scorpions..
memang scorpions nampak agak ganas sebab sting dan sepit dia.. tapi Tarantula look more unik... so aku contact sorang pengumpul tarantula dekat kulai.. hahahah Target nak beli yang 1.5inch jer kan.. baru RM60.. tengok sekali dia pegang yang besar RED KNEE (B.SMITHI) terus aku nampak yang agak saiz besar sikit dah ada colour.. harga RM90.00 nak beli yang besar-besar beratus sampai RM200++ sekor.. mana nak mampu.. gaji pun dah tinggal berapa jer.. hehe


Scientific Name:

Brachypelma smithi
Common names: Mexican red knee, Mexican redknee.

Size:

Mexican redknee tarantulas reach a leg span of about 5 - 5.5 inches.

Feeding:

Crickets and other large insects (absolutely must be pesticide free), occasional pinky mouse.

Temperament:

Mexican redknee tarantulas are generally docile and calm.

Notes:

This is the "classic" pet tarantula and has enjoyed tremendous popularity due to its beauty, temperament and long life span.

Housing:

A small (5-10 gallon) tank is suitable for Mexican redknee tarantulas. The width of the tank should be two to three times wider than the leg span of the spider wide, and only as tall as the spider's leg span. 2-3 inches of peat moss, soil, or vermiculite can be used as a substrate. Wood, cork bark, or half of a small clay flower pot can be used for a shelter/retreat.

Temperatue:

75-80 F (24-30 C)

Humidity:

60-75%



















Nak bela sesuatu binatang untuk jadikan hobi better study dulu tentang binantang tu jangan bela hentam buta.. hehehe aku pun study dulu kebolehan, venom, bahaya, makanan, habitat dan suhu persekitaran dia.. hope dapat jadi besar gedabak ..
besar boleh sampai 15CM.. bayangkan berapa besar dan female boleh lagi besar.. 

Wednesday, 14 August 2013

Keistimewaan ayat Al-Quran

Post ini aku nak cerita dan nak kongsi beberapa potongan Ayat didalam Al-quran yang ada keistimewaaa tersendiri yang mungkin tak ramai anak muda nak kaji .. anak muda sekarang ada juga yang tak percaya keistimewaan ayat al-quran dalam kehidupan harian mereka dalam pengasihan, mejinakkan haiwan, perindu, penyembuh dan lain-lain kegunaan..

Aku nak post beberapa ayat Al-Quran yang digunakan yang bagus untuk diamalkan dalam kehidupan harian kita. Selamat Beramal.. mulakan sesuatu dengan Bismillahirahmanirahim..

1) Pengasih Surah Yusuf 

 baca surah yusuf ayat 4
    
"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"


Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

dan berhenti seketika lalu sambung Surah Taha ayat 39


"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"

Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."

Cara penggunaan :
ketika bertemu dengan orang yang anda cinta dan benar ingin menjadikan dia pasangan halal dalam hidup anda, bagi melahirkan rasa cinta antara kamu berdua.. ketika bertemu dengannya baca cukuplah didalam hati dihadapannya sebanyak 3 kali . 
untuk dikasihi masyarakat baca ayat ini selepas solat sebanyak 3 kali
untuk penyeri wajah ketika wudhu basuh muka baca ayat ini da sapu muka, juga basuh muka sebelum tidur dengan baca ayat ini bagi menyerikan lagi wajah..

2) Penjinak haiwan , Surah Al-Imran

bagi sesiapa yang menternak haiwan, memiliki haiwan peliharaan mesti nak haiwan korang manja dan tak liar kan ? tak kira lah kuda ke, kucing ke, hamster, ikan kaloi ke, arnab dan lain-lain haiwan

ketika bersama haiwan itu usap dan bacakan potongan surah Al-Imran ini 
"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan."


bukan itu aje kebaikan surah Al-imran ni .. ada banyak lagi khasiat lain yang ada pada potongan Surah Al-Imran seperti : 
Khasiat Ayat 1-4 - Pendinding -Kebahagiaan dan segala hajat 
Khasiat Ayat 8 - Husnul Khatimah 
Khasiat Ayat 9 - Mengembalikan barang yang hilang 
Khasiat Ayat 7-9 - Kecerdikan luar biasa 
Khasiat Ayat 14 - Pengasih 
Khasiat Ayat 26-27 - Luas rezeki -Karamah -Segala hajat 
Khasiat Ayat 35-37 - Perlindungan kepada perempuan hamil -Pelaris 
Khasiat Ayat 73-74 - Pelaris dan meminang 
Khasiat Ayat 83 - Menghadapi binatang buas, liar dan orang zalim 
Khasiat Ayat 103-104 - Pengasih dan Pelembut Hati 
Khasiat Ayat 111-112 - Menghadapi musuh 
Khasiat Ayat 134-136 - Pelindung dari kejahatan 
Khasiat Ayat 144 - Menghentikan darah 
Khasiat Ayat 146-148 - Menghilangkan kesedihan ketika menghadapi musibah 
Khasiat Ayat 169-171 - Penerang hati dan mendapat taufiq 
Khasiat Ayat 173-174 - Menghadapi musuh -Pengasih 
Khasiat Ayat 190-194 - Teguh Iman -Qiamullail
Khasiat Ayat 200 - Isteri derhaka, anak degil, binatang liar

hebat bukan Al-Quran ni ... 

*Perlbagai lagi surah-surah didalam Al-Quran yang ada khasiat tersendiri.. kita sebagai umat islam kena lah rajin mengkaji setiap erti dan kebaikan didalam Al-Quran.. In Sha Allah.. Semoga mendapat keredhaan Allah SWT.. Selamat Beramal... 


Exotic Pets (Scorpions)

Ini lagi satu pet kesayangan aku.. SCORPIONS (KALA JENGKING)... satu haiwan exotik yang aku rasa agak unik dan seronok untuk dijaga.. manja ? Manjalah sangat binatang ni HAHAHA
bela scorpion ni kena pandai handling dan jangan riak dan takbur selalu nak pegang scorpion ni sebab walaupun dia jenis Venom mild.. tetap ada venom kan ? orang kata macam gigit semut api.. KEPALA OTAK dia.. aku rasa macam kena sengat tebuan tanah.. termenung kejap aku hahahaha

kos nak pelihara scorpion tak mahal pun tengok pada jenis scorpion korang kalau Imperator agak mahal sikit dari AFS scorps.. AFS RM15 pun dah dapat hehehe just sediakan 1 aquarium kecik n substrate untuk mereka.. pastikan korang tau scorps ni dari habitat mana.. jika dari gurun prefer pasir dan bagi yang hutan tropika prefer korang guna substrate yang kekalkan humidity such as soil dan cocoapeat

Ada banyak jenis scorpion dalam dunia ni dan hanya beberapa scorpion aje yang boleh membunuh manusia bukan semua..

so aku nak tunjuk beberapa scorps yang boleh korang bela as beginner disebab kan venom dia yang agak mildd gituuu... ala macam rokok gitu mild mild hahaha


  • Pandinus imperator (Emperor Scorpion)










  • Heterometrus Scorpion (Asian Forest Scorpion)










yang bawah ni bukan untuk beginner ya hehehe

  • Hadrurus SP (Desert Hairy Scorpion).. yang ni sebenarnya bukan untuk beginner ya








  • Bothiurus bonnariensis (Chilean Chocolate)











  • Androctonus sp. - potentially lethal
  • Vaejovis sp. - very painful
  • Centuroides sp. - potentially lethal.
  • also - Scorpio maurus - fairly dangerous itself, but sometimes young Androctonus australis(highly venomous - potentially lethal) are mistakenly identified and sold as S. maurus. Beginners should avoid both!